Jin Online adalah dunia permainan online MMORPG secara percuma. Di dalam dunia mistik ini, anda boleh memilih untuk menjadi Warrior, Mage, atau Paladin. Arahkan wira dan jin anda untuk menjelajah Negara Atlantis dan mencabar keupayaan pedang dan magik.
Memelihara Jin, Menempa, mentor, family, legion dan pekara lain yang menarik menjaminkan Jin Online adalah satu permainan yang interaktif dan tidak membosankan.
Di dalam dunia Jin Online, anda boleh memerlihara jin yang sentiasa setia kepada anda, memberi perlindungan dan memusnah musuh anda. Sistem Jin menawarkan 30 jenis Jin kepada pemain. Setiap jenis mempunyai kebolehan unik dan kemahiran bertempur yang berbeza. Terdapat jin yang mempunyai kebolehan untuk mengawal soul musuh.
Di dalam dunia JO, Pemain boleh mengumpul 8 jenis Gems yang mempunyai 100 jenis magik gem. Gem adalah berlainan daripada barangan biasa ini adalah kerana ianya mempunyai pelbagai kesan magik. Ianya boleh membuatkan kuasa serangan magik meningkat dan menguatkan jin anda. Kadang kala juga ia akan menukar formasi perlawanan anda.
Anda boleh menilai kekuatan lawan anda dengan mudah, dengan memeriksa potensi lawan. Pontensi ialah nilai asas atribut, kelengkapan dan jin anda., jadi ianya menunjukkan kekuatan sebenar anda. Potensi juga memainkan peranan penting di dalam permainan. Jika potensi anda tinggi daripada musuh anda, anda boleh mengalahkan dia dalam sekelip mata.
Apa yang diberi oleh sesuatu kelengkapan bukan sahaja kuasa kerosakan dan pertahanan malah ianya memberi keagungan dan honor! Setiap kelengkapan yang berjaya dinaik taraf akan mengukir nama pencipta dan usaha membuat. Nama penempa akan dicata di dalam sejarah permainan bersama nama senjata.
Jin Online memastikan pemain baru dapat membiasakan diri di dalam permainan dengan mudah. Ini dapat dilakukan dengan wujudnya Sistem Mentor. Sistem mentor mempunyai dua gelaran iaitu Mentor dan apprentice. Mentor ialah guru dan apprentice ialah murid. Kedua-duanya akan memberi ganjaran exp yang lumayan jika saling Bantu membantu seterusnya mencipta persekitaran permainan yang baik.
Jin Online mempunyai misi utama, misi scene, misi secara rawak dan misi kuiz. Misi utama ialah misi jalan cerita berkaitan penceritaan kisah Jin Online. Misi secara rawak pula adalah misi yang akan menimbulkan perasaan ingin tahu pemain, misi kuiz pula ialah misi yang penuh misteri dan akan menceriakan permainan.
Jin Online telah mengubah peraturan lama tradisi permainan online dan mengubah peraturan PK. Sekarang, tiada sesiapa yang akan berlawan secara berseorangan di dalam Jin Online, ini adalah kerana Jin adalah rakan anda yang paling kuat.